Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

Gempak
04/12/2023 08:25 MYT
Sepotong video yang didakwa sebagai Bunga Citra Lestari atau BCL dan Tiko Aryawardhana sedang menghadiri majlis after party usai majlis perkahwinan tular di laman sosial.

Menerusi video tersebut, BCL dan Tiko dilihat sedang menari bersama rakan-rakan sambil memegang gelas minuman.

BERITA TRENDING: "Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL

Meninjau ruangan komen, ramai mempersoalkan tindakan pasangan itu, dan bertanya, air jenis apa yang dinikmati oleh BCL dan Tiko.



Bunga Citra Lestari dan Tiko selamat diijab kabulkan di Resort Amankila, Bali pada Sabtu lalu.

Menerusi majlis akad nikah berkenaan, BCL menerima mas kahwin bernilai sekitar 212 juta rupiah (RM63,000).

BERITA TRENDING: Adik Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah & Yuna Jadi Pengapit BCL, Tiko

Untuk rekod, Tiko pernah mendirikan rumah tangga dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, manakala BCL pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 kerana serangan jantung.

#Bunga Citra Lestari #BCL