Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan penyanyi Mizz Nina yang dilihat gagal menahan air matanya ketika sedang memberi ceramah di sebuah majlis ilmu pada persidangan Spiritual Summit yang berlangsung minggu lalu.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsi pengguna TikTok, @ejutsu, memperlihatkan Nina atau nama asalnya Shazrina Azman yang mengenakan jubah serba biru sedang mengesat air matanya beberapa kali dengan menggunakan tisu.

Jelas situasi tersebut telah membuatkan ramai wargamaya turut berasa sebak saat melihat perkongsian video berkenaan.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut meluahkan rasa sedih dan simpati keatas penyanyi berusia 42 tahun itu.

“Insya-Allah, Allah akan bagi darjat yang tinggi buat Nina.

“Nangis sahaja Nina, lepaskan semuanya, awak akan jadi lebih kuat. Saya doakan urusan awak dipermudahkan Allah selepas ini.

“Contoh Wanita Solehah, aku doakan Nina dikurniakan Syurga, Amiin Ya Allah.

“Masya-Allah hebatnya seorang Mizz Nina,” antara komen yang ditinggalkan.

Difahamkan juga, topik yang sedang disampaikan Nina ketika itu adalah berkenaan hikmah perceraian.

Malah menerusi ucapan Nina, dia berkata Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk setiap seorang hamba-Nya.

“Saya rasa kita (umat islam) perlu tukar cara permikiran kita dan perlu berfikir tentang sesuatu yang sedang berlaku sama ada di waktu senang atau susah.

“Kerana kesenangan akan melahirkan rasa syukur dan di waktu kesusahan akan mengajar manusia untuk bersabar, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya,” kongsi Nina.

Selain itu, ada juga segelintir wargamaya yang menyatakan itu pertama kali mereka melihat Nina menitiskan air mata dan bersedih sedemikian rupa.

Terdahulu, Nina dilaporkan bercerai dengan bekas suami yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada awal Ogos.

Pasangan itu telah mengambil keputusan untuk berpisah selepas 11 tahun melayari hidup berumah tangga.

@ejust4u #fyp #mizznina #fypシ #neelofar #miziwahid #fypdongggggggg #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #nohsalleh #cry #tiktok #selawat ♬ original sound - _wanyhasrita_