Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

[VIDEO] Air Mata Nabila Razali Gugur Throwback Perjalanan Seni 2022; “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Kuat…”

Shahrin Zulkifle 02/01/2023 | 07:00 MYT

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali gagal menahan air mata apabila mengingat kembali perjalanan karier seninya sepanjang tahun 2022.

Penuh suka dan duka, Nabila, 30, berkata tahun lalu telah mengajar dirinya menjadi seorang manusia yang kuat dan sabar.

Malah, jelasnya tiada perkara yang perlu dikesali pada tahun tersebut, sebaliknya setiap waktu yang berlalu dijadikan sebuah kenangan.

“Terima kasih tahun 2022 kerana ajar saya jadi kuat, ajar saya jadi sabar dan mengajar saya menjadi orang yang lebih baik untuk diri sendiri.

“Terima kasih juga kepada semua orang yang sentiasa berada di samping saya sepanjang perjalanan kerjaya ini.

“Tiada apa yang perlu dikesali kerana waktu yang sukar itu memberikan pengajaran, manakala waktu yang indah memberi kenangan,” katanya.

Nabila berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Difahamkan video berkenaan diambil pada tanggal 31 Disember 2022 usai Nabila menjalani penggambaran sebuah drama.

undefined

Dalam masa sama, pelantun lagu Peluang Kedua itu berharap tahun 2023 bakal menjadi tahun yang lebih baik buatnya.

“Insyaallah lebih banyak yang akan datang pada 2023. Mari cipta kenangan bersama! Selamat tahun baharu,” tambahnya.

Sementara itu, ruangan komen milik Nabila dihujani ucapan selamat tahun baharu selain mendoakannya terus berjaya dalam kerjaya seni.

Malah, beberapa wargamaya sempat berseloroh dengan mengatakan biarpun sedang menangis, wajah Nabila masih kelihatan cantik.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Nabila Razali #TikTok #Tahun #Baharu #Tahun 2022