[VIDEO] Akhyar Rashid Jelir Lidah Lepas Dapat Sepakan Penalti Raih Perhatian Netizen Antarabangsa - “Malaysia Mendonia..”
Azwa Rahman
02/06/2022 17:22 MYT
02/06/2022 17:22 MYT
Pemain Harimau Malaya Akhyar Rashid mencuri perhatian ramai apabila berjaya memperolehi sepakan penalti dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain Hong Kong.
Namun di sebalik insiden tersebut, reaksi wajah Akhyar selepas pasukan Malaysia berjaya mendapatkan sepakan penalti membuatkan ramai terhibur.
Menerusi platform TikTok, video menunjukkan wajah Akhyar dilihat sempat menjelirkan lidah apabila rakan sepasukannya cuba membantunya bangkit daripada terbaring.
Selepas pelanggaran yang dilakukan oleh pemain Hong Kong tersebut, anak kelahiran Kedah itu dilihat terbaring sambil menutup mukanya dengan tangan.
Malah pada awalnya, ramai yang menyangka Akhyar berada dalam kesakitan selepas perlanggaran tersebut namun berasa lega selepas dia sedar.
Tidak hanya itu, rakaman video tersebut turut mendapat liputan di laman-laman sosial antarabangsa.
“Malaysia mendonia,” komen seorang wargamaya.
“Pehhh Malaysia bolehhh,” kata seorang wargamaya.
“He make Malaysia proud,” ujar seorang wargamaya.
“Clear viral sampai sini hahahaha,” usik seorang wargamaya.
“Hahahaha perasan gak tadi Akhyar ni sekali masuk sini terus,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tanda suka wargamaya.