Laman Utama

[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”

gempak
Izwan Isa
09/08/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Akibat Kongsi Rakaman Lamaran Olok-Olok Azal, Zarina Zainuddin Dikecam Netizen - “Anak Autism Pun Ada Hati & Perasaan”
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kritikan daripada pengikut media sosial dan netizen selepas membiarkan anaknya, Azal, ‘berlakon’ melamar seorang pelakon bernama Neera Azizi.
Menerusi video pertama yang dimuat naik, Azal dilihat seperti menyarungkan cincin pada Neera sambil berkata: “Sudikah awak menjadi isteri saya?”
Kenyataan Azal itu kemudian disambut dengan sorak oleh beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian sambil mengucapkan tahniah.
Menerusi ruangan kapsyen, Zarina menulis: “Azal melamar si putih melepak katanya @neeraazizi. Sudikah awak menjadi isteri saya. Siapa setuju angkat tangan,” tulis Zarina.
Namun, insiden berkenaan mendapat respons yang negatif dalam kalangan orang ramai. Menerusi ruangan komen, ramai menyifatkan hal tersebut sebagai tidak lucu kerana melibatkan perasaan dan hati insan istimewa.
“Saya ada anak autism juga. Dan saya tidak bersetuju dengan ini. Anak autism pun ada hati dan perasaan. Jangan berikan dia harapan palsu. Kamu mungkin rasa benda ni macam takda apa. Tapi itu bagi kamu. Tapi besar maknanya bagi anak autism,” tulis seorang netizen.
Begitupun, menerusi sebuah lagi hantaran, Zarina dilihat membidas komen-komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen kepadanya.
“Apalah korang dia practice berlakon jer. Macam-macam andaian korang buat. Korang ni memang senang terhibur ke atau senang mengecam? Suka hati korang lah saya lebih kenal anak saya, hari-hari dia berkepit dengan saya.
“Memang dia ada hati dengan perempuan cantik tapi dia tahu dia sapa. Sebab saya selalu ingatkan dia jodoh azal bidadari dari Syurga, bukan di alam nyata,” kata Zarina.
Namun, kenyataan Zarina itu tidak diterima baik oleh netizen. Menurut mereka, Zarina sepatutnya peka sebelum berkongsi sesuatu dan tidak menyalahkan netizen kerana memberikan kritikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live