Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

[VIDEO] Aksi Dai Syed Dukung Bayi Sebelah Tangan Disangka Bahaya, Rupanya Netizen Pun Buat; “Baby Memang Suka Dukung Macam Itu”

Shahrin Zulkifle
13/11/2022 03:00 MYT
Sepotong video memaparkan aksi pendakwah selebriti, Da’i Syed mendukung bayi menggunakan sebelah tangan menyorot perhatian wargamaya.

Menerusi muat naik di laman TikTok, seorang pengguna @awin_shazwin berkongsi aksi pendakwah itu ketika di lapangan terbang yang sedang mendukung bayi hanya menggunakan sebelah tanganya.

Melihat kepada video tersebut, Syed yang mengenakan baju bewarna hijau gelap sedang berjalan dan dia dilihat ‘mengayunkan’ tanganngya yang sedang mendukung bayi tersebut sehingga ada yang menganggap ia adalah patung.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada wargamaya yang mana mereka mendakwa aksi tersebut adalah berbahaya dan dikhuatiri boleh menyebabkan bayi tersebut terjatuh daripada tangan Syed.

“Ingatkan dia dukung anak patung, tapi bayi rupanya,” komen seorang warganet.

“Ya Allah seram tengok Syed pegang bayi macam tu,” ujar seorang netizen.

“Aduh macam nak terjatuh aku tengok,” tulis seorang wargamaya.

undefined
Pun begitu, ada juga yang tidak terkejut langsung dengan aksi tersebut kerana mereka menyatakan posisi sedemikian sebenarnya membuatkan bayi merasa lebih selesa.

Malah kebanyakan mereka juga pernah melakukan cara dukung yang sama dilakukan pendakwah itu.

“Baby memang suka dukung macam itu. Anak saya menangis, lepas dukung macam tu terus senyap,” kongsi seorang wargamaya.

“Doktor dekat klinik pun selalu dukung bayi macam tu hehe,” ujar seorang netizen.

“Baby memang selesa kalau buat begitu, anak saya masa bayi kalau meragam saya buat gitu,” tambah seorang lagi warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Netizen #TikTok #Dai Syed #Dukung Bayi
;