Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Aksi Elly Mazlein Ciut Pinggang Beto Kusyairy Sampai Melatah Buat Netizen Terhibur

Asyikin Mayudin
01/03/2023 05:06 MYT
Video memperlihatkan aksi pengacara dan penyampai radio Era FM, Elly Mazlein mengusik pelakon Beto Kusyairy yang datang ke konti baru-baru ini menghiburkan netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian video tersebut, Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom mencuit pinggang Beto sehingga membuatkan aktor itu melatah.

“Tak pernah tak kelakarlah Kak Lina ni. Habis semua orang nak dikacaunya sampai @beto_kusyairy pun takut,” tulisnya.

Rata-rata netizen terhibur melihat aksi pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu yang melarikan diri daripada Kak Lina.

“Kuat mengusik kak Lina pom pom ni.. Beto sampai lari daripada kak Lina.

“Menjadi betul kak Lina ni kan sampai tawaf Beto nak lari daripada dicuit,” komen beberapa netizen.

Beto yang datang ke konti Era FM baru-baru ini dengan memakai baju Melayu lengkap turut menarik perhatian netizen yang memuji dan menggelar aktor itu sebagai ‘Lelaki Melayu Terakhir’.

undefined
#Elly Mazlein #Beto Kusyairi #Beto #Elly #Beto Elly #Beto melatah