Laman Utama
[VIDEO] “Aku Cinta Kamu”... Netizen Geli Hati Bila Lee Chong Wei Ajar Lin Dan Cakap Bahasa Melayu
Legenda sukan badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei memang cukup sinonim dengan ‘lawannya’, bekas pemain badminton, Lin Dan.
Ketika masih aktif, seteru atas gelanggang ini kerap kali mencetuskan bimbang dalam kalangan peminat badminton setiap kali beraksi menentang satu sama lain.
Advertisement
Namun, itu hanya kisah atas gelanggang. Hubungan antara Chong Wei dan Lin Dan boleh dikatakan akrab dan hal ini boleh dilihat menerusi sebuah video TikTok yang viral baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, Chong Wei dilihat mengajar Lin Dan bagaimana untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Antara frasa yang diajar termasuklah ‘apa khabar’ ‘terima kasih’, dan ‘aku cinta kamu.'@leechongweiofficial Pernahkah anda dengar Lin Dan berbahasa Melayu? Have you ever wondered how Lin Dan sounded speaking Malay? Saksikan short video ni. Hebat jgak mamat ni.. Again , thank you Lin Dan bro, for being accommodative yet again. #leechongwei #lindan ♬ original sound - Lee Chong Wei Official
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan respons positif terhadap video yang dimuat naik oleh Chong Wei itu.
Dan tidak kurang, ada juga yang berpendapat, sebutan bahasa Melayu Lin Dan begitu jelas, sama seperti orang tempatan.
Must-Watch Video