Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Aku Yakin Tempat Kau Neraka Buat Selama-Lamanya” - Baby Shima Tenang Jawab Komen Netizen Biarpun Digelar Pembawa Bala

Asyikin Mayudin
28/09/2022 07:55 MYT
Tindakan penyanyi Baby Shima memadam komen negatif daripada seorang netizen mengundang kecaman.

Menerusi video di TikTok, Shima berkongsi paparan skrin komen netizen yang menggelar penyanyi itu wanita pembawa bala.

Malah, individu tersebut juga begitu yakin mengatakan penyanyi lagu Lalai itu akan ditempatkan di neraka buat selama-lamanya.

“Bab* Shima, kenapa delete komen? Koyak ke? Kau wanita pembawa bala. Aku yakin tempat kau neraka buat selama-lamanya. Sia*!” komen netizen.

Bagaimanapun, Shima dilihat tenang menjawab semula dengan mengatakan ruang komen di laman sosialnya tidak memerlukan orang seperti itu.

“Kita delete komen awak bukan apa… sebab ruang komen kita tak perlukan awak.

“Sayang awak-awak semua walaupun awak maki-maki kita,” kata Baby Shima.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

undefined
#Viral #Netizen #Baby Shima #Shima #Komen Netizen #Baby Shima netizen