Penyampai radio, DJ Lin berdepan detik cemas apabila wajah dan badannya bengkak akibat daripada alahan ubat tahan sakit.

Lin yang menghadiri satu mesyuarat pada Khamis berkata, kepalanya mula berasa sakit usai perjumpaan tersebut sebelum bertindak mengambil ubat tahan sakit berkenaan.

Namun, dedah Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, ubat yang diambil itu bukanlah seperti selalu kebiasaannya.

“Hari Khamis yang lepas ada beberapa meeting, mungkin sebab banyak berfikir dan guna otak jadinya sakit kepala.

“Lepas dah rasa kepala pening dan berat saya cari ubat nak di makan, selalu saya makan ubat active fast tapi tiada, yang ada ubat 650, saya pun makan dua biji ubat tersebut.

“Tak lama selepas itu saya dah rasa muka saya macam kebas dan start panas, saya dah mula rasa something wrong tapi tetap abaikan je sampai la staff tegur muka saya merah-merah.

“Saya ambil cermin dan tengok muak, terus terkejut tengok muka saya merah-merah dan bengkak. Terus saya assume yang saya kena allergic,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Lin turut berkongsi perkara tersebut menerusi muat naik terbaharu di Instagram miliknya.

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Tambah Lin, selepas dia bertemu doktor dan menerima suntikan untuk merawat alahan tersebut, keadaannya semakin bertambah baik.

“Petang hari yang sama, saya terus ke klinik sebab badan makin berat dah tak tahan. Jumpa doktor terus dia bagi injection.

“Habis sahaja jumpa doktor, saya balik office semula dan berehat sebelum balik rumah dulu.

“Kemudian pada Jumaat, saya tengok merah dah kurang, bengkak pun dah susut sikit tapi badan yang rasa nak melayang sikit.

“Petang itu pergi semula klinik doktor bagi satu lagi ubat dan minta saya rehat lama sikit. Lepas rehat semua ikut cakap doktor, saya dah semakin baik.

“Alhamdulillah, walaupun belum betul-betul sembuh tapi keadaan semakin baik, dah kurang sikit tak seteruk Khamis,” tambahnya.