Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Alhamdulillah, Seorang Lagi Puteri Dalam Kehidupan Saya” - Saharul Ridzwan Syukur, Isteri Selamat Bersalin

Mya Amri
22/01/2023 04:32 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mengucapkan kata-kata syukur selepas isterinya, Deena Emir selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu dimaklumkan Saharul dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Subhanallah, Akhamdulillah, Allahuakhbar. Hebat Allah… Segala puji bagi Allah. Semuanya Allah S.W.T,” tulisnya ringkas.

Ucapan itu juga disertakan dengan video pendek merakamkan Saharul sedang memangku anak perempuan kesayangannya yang baru dilahirkan.

Dalam pada itu, menerusi video pendek di ruangan Insta Stories pula, Saharal merakamkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan isterinya.

Sebagai tanda terima kasih, Saharul juga turut mendoakan agar urusan ibu bapa yang berusaha untuk memiliki cahaya mata juga dipermudahkan.

“Alhamdulillah saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri saya dan juga anak saya.

“Allah anugerahkan seorang lagi puteri dalam kehidupan saya. Doakan juga semoga Allah melindungi puteri-puteri saya di dunia dan akhirat.

“Sentiasa Allah limpahkan rahmat dan nikmat agama dalam setiap hati anak-anak saya. InsyaAllah.

“Saya juga doakan tuan puan yang mungkin lagi ikhtiar untuk dapatkan zuriat, insyaAllah banyak-banyakkan doa, pasti Allah berikan yang terbaik untuk kita,” ucapnya.

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)


Bagaimanapun, Saharul dan isteri belum mendedahkan wajah anak perempuannya ketika ini.

Saharul dan Deena atau nama sebenarnya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lain iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahara, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Saharul Ridzwan #Bersalin #Deena Emir #Baby Girl
;