Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Ali Puteh Dakwa Balu Abam Cuba Sihir, Pengamal Perubatan Sahkan Itu Hanya Proses ‘Memagar’ Rumah

Shahrin Zulkifle
12/02/2023 03:00 MYT

Baru-baru ini pelawak Ali Puteh mendakwa balu kepada arwah abangnya Abam Bocey iaitu Norhidayah Mohd Ali telah melakukan upacara ritual selepas dia menjumpai taburan garam di sekitar kawasan rumah.

Susulan daripada itu, seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

Kata Zaki, tiada sebarang unsur sihir yang dilakukan Norhidayah seperti didakwa Ali. Malah bahan seperti garam yang ditemui hanyalah bahan biasa yang digunakan bertujuan untuk memagar kawasan rumah daripada gangguan makhluk halus.

“Pertama, Hidayah datang bersama seorang peguam dan bukan seorang bomoh.

“Kedua, tiada langsung tanda-tanda sihir yang ada dekat situ. Kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara digunakan untuk tujuan memagar di rumah.

“Boleh jadi rumah itu baharu dipagar, Tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah,” kata Zaki menerusi satu hantaran video.

undefined

Dalam masa sama, Zaki turut menjelaskan sekiranya Norhidayah ingin menyihir, Ali akan menemui bahan seperti ayam atau binatang yang sudah mati dan bukannya garam.

“Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu. Contohnya seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati.

“Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu,” tambahnya.

Terdahulu, Norhidayah datang menziarahi rumah peninggalan arwah suami selepas genap empat tahun Abam meninggal dunia.

Dalam pada itu, Norhidayah turut meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah tersebut yang terletak di Gombak tidak disambut baik dan dibiarkan selama sejam.

Malah, Hidayah turut menggesa Ali untuk menyegerakan bayaran RM60,000 seperti yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

BACA: Balu Arwah Abam Kecewa Tak Dibayar RM60,000, Ali Puteh Pula Dakwa Hidayah Sesuatu Keliling Rumah!

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.


#Viral #Abam Bocey #Ali Puteh #Sihir #TikTok #Norhidayah
;