Laman Utama

[VIDEO] Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka, Tapi Netizen Dah Tak Percaya - “Ala Jalan Cerita Sama Je”

gempak
Izwan Isa
21/08/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Aliff Syukri Mohon Maaf Secara Terbuka, Tapi Netizen Dah Tak Percaya - “Ala Jalan Cerita Sama Je”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menerusi akaun Instagram, Aliff berkata yang apa yang dilakukan selama ini hanyalah sekadar memenuhi kehendak hobinya sebagai penyanyi.
“Saya tak suka bergaduh, saya suka kebaikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kepada semua rakyat Malaysia, artis dan juga keluarga saya. Walau apa pun yang berlaku, kesalahan ini adalah daripada diri saya saya sendiri.
“Apa yang berlaku hanyalah sekadar hobi menyanyi bersama Baby Shima. Saya buat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata. Kalau korang tengok pun tak ada babak yang bersentuhan. Sebenarnya bukan tujuan untuk bersaing dengan artis atau pun keluar di kaca TV,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut berharap agar permohonan maafnya diterima dan mengharapkan sokongan daripada orang ramai.
“Saya harap permohonan saya ini diterima oleh semua orang dan saya mengharapkan sokongan daripada anda semua. Jujurnya saya memang teringin jadi penyanyi dari dulu lagi.
“Saya sendiri tak pasti kenapa orang suka kecam saya. Apa salah saya? Saya juga tidak pernah marah atau bergaduh dengan mana-mana pihak semoga anda semua boleh jadi sahabat laman social saya,” tulisnya lagi.
Begitupun, permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Aliff dipandang ‘sinis’ oleh netizen.
Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan, netizen merasai yang permohonan maaf Aliff itu bersifat sementara
“Ala jalan cerita sama je awak,” tulis seorang pengguna Instagram.
Ada juga beberapa pengguna yang menganggap permohonan maaf tersebut sebagai satu yang membosankan dan kemungkinan besar permohonan maaf yang lain akan dibuat jika Aliff melakukan kesalahan pada masa akan datang.
Terdahulu, Aliff Syukri menerima kecaman yang hebat apabila memuat naik beberapa rakaman belakang tabir bagi klip video terbaharunya, Baby Sayang di Instagram.
Menerusi rakaman-rakaman berkenaan, Aliff dan Baby Shima dilihat menari tarian yang agak mencolok mata dan hal tersebut tidak disenangi oleh pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024