Beberapa minggu lepas reda seketika isu rumahtangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, namun kini kembali rancak menjadi perbualan wargamaya selepas tindakan yang diambil Sarah untuk menyaman individu ketiga semalam.

Dalam pada itu, netizen yang mengikuti perkembangan kisah hidup mereka kebanyakkannya meluahkan rasa sedih ke atas apa yang terjadi pada keluarga itu dan mendoakan untuk mereka kembali berbaik.

Satu hantaran video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok, @cryingbabeby menggabungkan momem-momen indah ketika Sarah dan Syamsul bersama mendapat perhatian wargamaya.

“Ya allah sedihnya bila tengok video ni, kenangan-kenanagn Sarah dan Syamsul dulu.

“Semoga hubungan mereka kembali seperti dahulu bersama anak-anak yang comel. Semoga Allah jagakan hubungan cinta mreka. Amiin.

“Allah sedang uji rumah tangga mereka, semoga mereka terus kuat hadapi semua dugaan ni. Doa yang baik-baik, Insyallah.

“Kenapa aku pulak yangg sebak tengok mereka ni, Ya Allah kau satukanlah mereka seperti dulu semula, sakitnya kalau kita hadap semua itu, kuatnya sarah smoga awak tabah,” antara kata-kata yang ditinggalkan wargamaya.

Semalam, Puteri Sarah,37, telah hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membuat aduan terhadap wanita yang didakwa orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Selepas empat tahun mendiamkan diri akhirnya Sarah tampil menegakkan kebenaran dan menfailkan saman kepada individu itu selepas dia mencabar keberanian Sarah.

@mcflurryoreoplus

may allah selamtkan their marriage from godaan syaitan aamiin. ##puterisarah ##syamsulyusof

♬ original sound - Rama