Pelawak Shuib Sepahtu berkongsi satu video bersama anak bongsunya, Ayash Affan yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 6 Ogos lalu.

Perkongsian yang dimuat naik Shuib di laman Instagram itu dianggap sebagai sebuah kenangan buat dirinya.

“Simpan buat kenangan, hari lahir Ayash Affan yang pertama, 06.08.2022”, tulis Shuib ringkas pada kapsyen.

Sementara itu, dalam video yang sama memperlihatkan Ayash menerima dua biji kek sebelum dinyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday oleh Shuib dan keluarganya.

Sambutan yang sederhana namun dilihat cukup bermakna itu turut memperlihatkan ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani dan bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Dalam pada itu, ruangan balas pelawak itu telah dipenuhi ucapan hari lahir oleh beberapa rakan artis dan peminat yang ditujukan kepada Ayash.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 980 ribu tontonan dan 130 ribu tanda suka.

Untuk info, Ayash Affan telah selamat dilahirkan pada 6 Ogos 2021 secara pembedahan selepas arwah isteri kepada Shuib, Siti Sarah yang ditidurkan akibat virus Covid-19.

Selain Ayash, perkahwinan Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 7.

Baca : Shuib Dedah Wajah Ayash Affan, Ramai Sebak – “Allah… Comelnya, Lambang Pengorbanan Ibu”