Kontroversi rumah tangga selebriti Indonesia terkenal Lesti Kejora dengan suaminya, Rizky Billar mendapat perhatian umum termasuklah rakan-rakan artis di Malaysia.

Antaranya penyanyi Zizi Kirana yang turut meluahkan rasa simpati terhadap Lesti yang terlantar sakit disebabkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zizi turut mendoakan agar penyanyi dan pelakon Indonesia itu diberikan kekuatan berdepan dengan dugaan tersebut.

“Semoga Allah memberimu kekuatan dan kesabaran Dede @lestykejora. Allah tengah mengangkat derajatmu Dede sayang,” tulis Zizi.

Penyanyi lagu Pijak itu turut berkongsi video TikTok di Instastory memperlihatkan keadaan Lesti yang terlantar sakit dan sedang dirawat di sebuah hospital.

Menerusi video tersebut, terdapat klip pendek Lesti sedang membuat live di Instagram dalam keadaan dirinya sedang sakit.

Dalam pada itu, Zizi turut memuat naik semula artikel yang mengatakan Rizky Billar kini dilarang untuk muncul di TV disebabkan tindakan berlaku curang terhadap isterinya.

Secara ringkas, Zizi hanya menulis “kifarah is real” di perkongsian tersebut yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum ini, Lesti yang dirawat di hospital selepas dipukul suaminya iaitu pelakon Rizky Billar masih belum mempunyai keputusan sama ada untuk menuntut cerai.

Peguam mewakili Lesti, Sandy Arifin dalam satu kenyatannya berkata setakat ini penyanyi berusia 28 tahun tahun itu belum membincangkan apa-apa perancangan untuk menuntut perceraian daripada Rizky selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada masa sama, Sandy memaklumkan bahawa penyanyi yang popular menerusi lagu Takdir Cinta itu juga akan menjalani rawatan psikologi selain fizikal untuk memulihkan semula keadaannya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@scorpions_fyp semua masalah pasti ada hikmah nya,yang sabar ya#kdrtfypdooooong? #leslar #lestikejora #leslar_official #leslarlestibillar #leslarlovers #lesti #EndlessJourney #virall #vidioviral #trending #bismillahfyp #fypdongggggggg ♬ suara asli - @scorpions_fyp