Baru-baru ini pelakon Anna Jobling telah menjadi tetamu jemputan dalam program podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson yang merupakan pengacaranya.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon cantik ini menjadi tular selepas Amelia memuat naik video pendek dengan menggunakan bunyi popular di TikTok sebagai individu yang dianggap kembar.

@ameliath twinning always with @ANNA JOBLING have you guys watched @Studio Sembang ♬ original sound - chloelochia

Ternyata netizen bersetuju dengan video tersebut dan mengatakan kedua-duanya mempunyai wajah seiras seolah-olah kembar.

Malah ada juga yang menyarankan supaya Amelia dan Anna dapat bergandingan sebagai adik-beradik dalam sebuah naskhah kelak.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga memetik nama aktres Zahirah MacWilson untuk membawakan watak sebagai kakak sulung kepada Amelia dan Anna.

Berikut merupakan antara komen yang diterima:

“Ni kalau berlakon sama-sama jadi jkembar, jalan cerita on, sempoi mesti letop. Ada Zahirah, kembar tiga best!”

“Ha seiras betul lah. Macam kembar, lepas tu panggil Zahirah sekali jadi kakak sulung. Confirm best!”

“Dulu masa drama selalu keliru mana satu Anna mana satu Amelia, last-last saya fikir oh orang yang sama kot hahaha,”

“Please please letak Zahirah sekali confirm lengkap! Zahirah jadi kakak, Anna dengan Amelia jadi kembar, ei bestnya kalau betul-betul ada drama dorang,”

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 2.8 juta kali.

Anna sebelum ini terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus manakala Amelia pula dengan Cik Ayu Mee Sanggul selain merupakan pengacara untuk Gempak Most Wanted.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.