[VIDEO] Anak Dapat 2G SPM, Bapa Maintain Cool Hantar Voice Note! - "Ko Dah Cuba, Tak Apalah... Yang Penting Jaga ..."
Shahrin Zulkifle
17/06/2022 01:30 MYT
17/06/2022 01:30 MYT
Tular klip pendek yang dikongsi pengguna Tiktok @notekinn._ yang mendengarkan rakaman suara ayahnya tetap positif meski peroleh keputusan 2G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat netizen cemburu.
Menerusi klip itu, ayah kepada Ekin atau nama aslinya Nurasyiqin Borhanudin berbangga dengan keputusan anaknya dan menasihati agar sentiasa menjaga akhlak.
“Ko dah cuba dah, takpe lah, mana yang dapat saja lah.
“Yang penting akhlak diri ko jaga, maruah diri jaga.
“Itu sahaja yang ayah harapkan, kerajinan kau, taatlah kepada ibu bapa dan jadi anak yang solehah,” pesan ayah Ekin.
Kebanyakan pengguna yang turut singgah di ruangan komen meluahkan rasa cemburu terhadap Ekin.
“Allahu… Bestnya dapat ibu ayah yang supportive.
“Wah bestnya family terima apa pun keputusan kita.
“Takpe awak, at least awak ada ayah yang masih boleh bagi kata-kata semangat.
“Goodjob dik. Alhamdulillah ada ayah yang penyayang,” antara komen wargamaya.
Tambah bekas pelajar SMK Bukit Jalor itu, pada awalnya dia berasa sedih dengan keputusannya itu namun kembali tenang semula selepas mendengar rakaman suara dari ayahnya.
Ekin turut berniat melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen dan ingin membalas jasa kedua ibu bapanya semula yang selama ini telah membesarkan Ekin.
undefined
undefined