Pelakon Azhar Sulaiman akui tidak begitu sedih dengan pemergian anak kembarnya Leona dan Rees yang berangkat ke United Kingdom (UK) semalam untuk menyambung pengajian.

Menurut Azhar anaknya sebelum ini sudah biasa ke luar negara apabila menyertai banyak aktiviti sekolah di seluruh dunia, justeru jangka masa tiga tahun itu singkat baginya.

“Saya tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa travelled all over the world sebab sertai event Jamboree Pengakap /Girl Guides Dunia.

“Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan Image baru….UK kan sejuk…..hahahahaa,” katanya berseloroh.

Azhar berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik rakaman video sebelum anak kembarnya berangkat di lapangan terbang bersalaman serta berpelukan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dalam kemas kini lain, Azhar sempat menitipkan pesan supaya anaknya tidak meninggalkan solat.

“Have a safe flight to Leona & Rees. study smart dan jangan tinggal solat okey….

“Dunia Mami(panggilan untuk dirinya) akan sunyi lepas ni…,”ujarnya.

Semalam Leona berkongsi keadaannya yang begitu sedih serta beberapa kali menangis kerana berat hati meninggalkan keluarga di Malaysia.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)