Laman Utama

[VIDEO] Anak Nak Terjatuh, Netizen Puji Shakilla Khoriri Cepat Bertindak Walaupun…: “Lepas Tu Aku Gelak Macam Nak Putus Urat”

gempak
Asyikin Mayudin
19/09/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Anak Nak Terjatuh, Netizen Puji Shakilla Khoriri Cepat Bertindak Walaupun…:  “Lepas Tu Aku Gelak Macam Nak Putus Urat”
Video memperlihatkan anak perempuan pelakon Shakilla Khoriri iaitu Ameena Sofia hampir jatuh akibat tergelincir ketika berjalan atas jalan licin menarik perhatian netizen.
Rata-rata netizen memuji ketangkasan Shakilla sebagai seorang ibu yang menarik tarik anak perempuannya agar tidak jatuh terduduk.
“Nampak tak seorang ibu dia cepat bertindak terus ditarik tangan tu. Teringat masa ku kecil tercekik biji durian terusnya ibuku korek sedalam yang boleh, tepuk belakang, terkeluar biji durian tu.
“Tengok ni, teringat pula petang tadi terjadi benda yang sama dengan anak saya, jalan-jalan tertiba dia jatuh tapi mak dia ni sempat tarik tangan dia macam yang terjadi kat Ameena. Kita mommy ni memang selalu ada untuk anak-anak.
“Seorang ibu, kalau boleh digantikan bahagian yang terhentak jatuh tu pun Ibu akan sanggup, asalkan anaknye tak sakit. Super mom,” komen netizen.
Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Shakilla memberitahu anaknya dalam keadaan baik dan menganggap insiden itu melucukan.
“Lepas tu aku gelak macam nak putus urat. Post ni pun masih gelak. Tuan badan Alhamdulillah ok. Cuma setiap kali aku gelak dia jelingkan aku,” tulisnya.
Shakilla turut menitip pesanan dengan mengatakan dia akan sentiasa akan menarik tangan anaknya setiap kali jatuh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024