Laman Utama

[VIDEO] Anak Perempuan Shuib Menangis Rakan Ejek Ibu Sudah Meninggal - “Dia Kata Padan Muka…”

gempak
Asyikin Mayudin
17/05/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Anak Perempuan Shuib Menangis Rakan Ejek Ibu Sudah Meninggal - “Dia Kata Padan Muka…”
Anak perempuan kepada pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra menangis apabila diejek oleh rakannya yang mengatakan ibunya sudah meninggal dunia.
Menerusi video lama yang kembali tular di TikTok, Talita yang tidak dapat menahan rasa sedih mengadu mengenai perkara itu kepada neneknya yang mesra disapa sebagai Makder.
“Dia kata padan muka ibu dah meninggal,” kata Talita dalam keadaan menangis.
Anak sulung kepada Shuib dan arwah isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Alqarni turut memujuk Talita dengan mengatakan dia akan berjumpa dengan individu yang mengejek adiknya.
“Esok jumopa dengan Uwais,” katanya untuk memujuk.
Rata-rata netizen memohon agar ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan orang lain.
“Tolong la ibu bapa di luar sana ajar anak-anak jangan la suka-suka ejek. Dia takkan dapat rasa apa anak yang kehilangan ibu ya pada usia muda.
“Ibu bapa kena peka. Ajar anak untuk beradab dan bercakap sopan dengan sesiapa saja.
“Aduyai… tolonglah mak-mak ajar anak-anak jangan main ejek fasal mak ke ayah ke… buli ini koyak mental tau!” komen beberapa netizen.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
@makderraisuddin ?? #makder #sitisarahraisuddin #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage #foryourpage #fypage #fypp ♬ original sound - makderraisuddin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live