[VIDEO] Arab Saudi Banjir! Ragut Nyawa, Airport Tutup & Kereta Dibawa Arus

Maliah Surip
November 25, 2022 01:39 MYT

Hujan lebat yang turun di Jeddah menyebabkan banjir melanda kawasan Barat Arab Saudi itu sehingga melumpuhkan aktiviti harian rakyat negara tersebut, semalam.

Menerusi laporan Middle East Eye, pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan menerusi Twitter bencana itu meragut dua nyawa dan meminta penduduk kekal di rumah kecuali mempunyai urusan penting.
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ditutup dan ratusan kereta hanyut dibawa arus.
Tidak hanya itu, sesi persekolahan juga ditangguh apabila sekolah ditutup dan jalan di Mekah ditutup untuk keselamatan.
Potongan video yang tersebar di media sosial menunjukkan suasana tegang antaranya banjir deras merosakkan kenderaan dan kediaman.

Cars swept away in flash floods in #Jeddah - 2nd city in #SaudiArabia #أمطار_جدة #جدة_الأن pic.twitter.com/LeBfsyMtdL

— sebastian usher (@sebusher) November 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jabatan Meteorologi Arab Saudi melaporkan hujan yang turun antara pukul 8 pagi hingga 2 petang waktu tempatan itu adalah lebih buruk dari bencana yang berlaku pada tahun 2009 silam.
Pihak berkuasa juga menasihatkan penduduk kekal di rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti memandangkan cuaca masih membimbangkan.
Jeddah saat ini dianggarkan memiliki lebih empat juta penduduk dengan berjuta umat Islam dari seluruh dunia datang mengerjakan umrah dan menunaikan Haji pada setiap tahun.

#Viral #Arab Saudi #Banjir #Jeddah