Video memperlihatkan pelakon kacak Atiq Azman menayangkan tubuh badannya yang sasa di laman TikTok meraih perhatian wargamaya.

Pada video pendek berdurasi 15 saat tersebut, kelihatan Atiq, 22, tidak memakai sebarang baju dan ‘bangga’ menunjukkan six pack nya kepada umum sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

“Syok sendiri ke tu,” ringkas Atiq pada kapsyen.

@therajaatiqullah

Syok sendiri ke tu

♬ Dc usss - Brooke ??‍?

Seakan dijangka, ruangan balas perkongsian aktor tersebut dibanjiri komen tidak keruan oleh wargamaya terutama dalam kalangan peminat wanita.

“Terbehenti mengunyah, sebab nampak roti sedap (six pack).

“Aku tak nak comment, takut boyfriend aku nampak, tapi nak tanya abang beli mana roti (six pack) tu.

“Rajin-rajin lah up video macam ni, confirm ramai tengok. Sumpah tak cari lain,” antara komen yang ditinggalkan.

Pun begitu, ada juga dalam kalangan peminat lelaki yang merasa jealous dengan keadaan tubuh badan terkini Atiq lantas meminta beberapa tips daripadanya.

“Save video ini untuk motivation. Good job!

“Lawo badan Atiq, nak buat badan macam ni juga.

“Boleh share training dengan siapa dan badan buat sendiri ke? Jeles tengok,” antara komen yang ditinggalkan.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 230 ribu tontonan dan 25 ribu tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.