Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] “Awak First Time Terbakar Rumah Eh? Biasalah Tu,” - Alif Muhaimin Kecewa Reaksi Kakitangan Bomba

Mya Amri 18/12/2022 | 06:53 MYT
Pelakon, Alif Muhaimin meluahkan rasa kecewa terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) kerana gagal menyediakan laporan kebakaran rumahnya selepas beberapa hari insiden berlaku.

Menurut Alif, jawapan yang diterima agak mengecewakan apabila kakitangan jabatan itu memintanya untuk bertenang.

“Dua tiga hari ni saya pergi bomba PJ, dia suruh pergi jumpa forensik bomba, forensik suruh pergi Hq dekat Bukit Jelutong.

“HQ cakap awak kena pergi PJ balik, kemudian saya tanya boleh tak saya tau nak ke mana sebab saya dari PJ.

“Dia cakap awak pergi je sana dulu. Lepas tu saya ulang, boleh saya tau procedure untuk dapatkan fire report?

“Dia cakap dekat saya, tak apa awak tenang je… Awak first time terbakar rumah eh? Biasa la tu, awak sedih kan, tak apa biasa lah tu… Relax je,” kongsi Alif dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

A post shared by Alif Muhaimin (@alipblastoff)

Tambah Alif lagi, walaupun selepas berulang-alik dari Jabatan Forensik ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor di Bukit Jelutong beberapa kali seperti yang diminta namun masih belum selesai.

“Alif pun cakap dekat dia, saya tak stress rumah saya terbakar… Saya rasa penat sebab pergi balik bomba beberapa tempat semua bomba, tapi satu pun tak settle.

“Satu bomba pun tak ambil report polis saya semua, semua suruh saya pergi bomba yang lain. Saya terpaksa cerita kisah ni,” jelasnya.

Dalam pada itu, Alif juga memaklumkan bahawa rakan abangnya juga turut mengalami masalah yang sama.

“Abang Alif cerita kawan dia pun ada kecemasan call bomba, last sekali lambat sangat orang kampung yang bawa pergi hospital.

“Kemudian mangsa meninggal, sebab lambat sangat. Dari bomba PJ waze ke rumah saya 14 minit, time tu 3.45 pm.

“Bukan peak hour pun lagi dan bomba ada siren semua, bagi saya macam kenapa lama sangat 30 minit untuk sampai. Mungkin kebakaran tak sampai bilik tidur atau satu rumah terbakar kalau awal sikit,” kongsinya.

Terdahulu, Alif berkongsi detik cemas rumahnya hangus dijilat api, malah lebih mencemaskan, ibunya turut terperangkap di dalam rumah sewaktu api sedang marak di bahagian luar rumah.

#Kebakaran #Bomba #Alif Muhaimin #Rumah Terbakar #Laporan #Kakitangan Bomba
;