Laman Utama

[VIDEO]: “Awal Tahun Saya Keguguran…” - Rita Sosilawati Hamil 14 Minggu, Syukur Dikurniakan Nikmat Cahaya Mata Sekali Lagi

gempak
Mya Amri
02/12/2022
08:51 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Awal Tahun Saya Keguguran…” - Rita Sosilawati Hamil 14 Minggu, Syukur Dikurniakan Nikmat Cahaya Mata Sekali Lagi
Usahawan kosmetik popular, Datin Rita Sosilawati mendedakan dirinya kini hamil 14 minggu.
Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rita, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk sekali lagi merasai nikmat memiliki cahaya mata selepas gugur pada awal tahun 2022.
“Hari Jumaat yang baroqah ini, saya ingin mengumumkan saya sudah hamil 14 minggu. Dah tak boleh nak sorok perut dah.
“Awal tahun 2022 saya keguguran… Memang sedih tetapi dengan doa yang tidak putus-putus… Allah ganti balik rezeki baby untuk saya akhir tahun ini.
“Percaya pada rezeki Allah, terima kasih Ya Allah. Aku sangat bersyukur pada Mu. Alhamdulillah untuk rezeki Allah yang sangat berharga ini.
“Doakan saya dan baby sihat ya sehingga proses melahirkan nanti,” tulisnya.
Sebelum ini Rita mengalami keguguran ketika kandungan berusia 10 minggu.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khamarulzaman Mohammad Hanafiah pada 4 Disember 2011.
Pasangan tersebut kemudian dikurniakan empt cahaya mata iaitu Kaisar Raees, 10, Khalid Rashad, 9, Khaylila Rafaahiyah, 7 dan Khalil Rizqullah, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live