[VIDEO] Ayah Meninggal Sebab Covid-19, Adik Lelaki Ini Dapat Sokongan Dari Pesakit Lain - "Buat Kutipan Derma Kilat & Tahlil Di Dewan"

Zulaikha Yusof
Januari 15, 2021 00:50 MYT
Berdepan pandemik Covid-19 tidak semudah seperti apa disangka, lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga sendiri yang terkorban.
Tidak boleh menatap atau menziarahi buat kali terakhir, itu yang terpaksa ditempuhi seorang kanak-kanak lelaki yang juga merupakan pesakit Covid-19.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @KhairulFBI, dia menyatakan kanak-kanak lelaki yang sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang itu telah kehilangan ayahnya akibat virus tersebut.
"Lelaki kecil ini kehilangan ayahnya kerana Covid. Apa rasa bila kehilangan seseorang yang kita sayang tapi tak boleh nak pegang? Tengok pun tak boleh. Jadi tolong, jaga diri. Tolong duduk di rumah," tulisnya.

This little man lose his father because of covid. Apa rasa bila kehilangan someone yang kita sayang but tak boleh nak pegang ? Tengok pun tak boleh ? So please, stay safe everyone ! Please please stay at home ? #COVIDー19 #maepsserdang pic.twitter.com/z9jVz0rIgS

— Fahmi (@khairulFBI) January 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi meringankan beban keluarga anak kecil ini, satu kutipan derma kilat telah dibuat dalam kalangan pesakit yang lain.
Selain itu, majlis bacaan yasin dan tahlil juga turut diadakan di dalam dewan tersebut.
Pada penghujung video, kanak-kanak lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana tidak putus mendoakan untuk dirinya.
"Terima kasih sebab doakan saya. Saya okey. Jangan risau pasal saya. Assalamualaikum," katanya dengan wajah sugul.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 100,000 tontonan serta hampir 7,000 kicauan (retweets).
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Agro Bank Norazah Abdul Aziz 2005561000081238 atau Maybank Nur Kamilatul Alifah 162021615921.
Kredit: Twitter @KhairulFBI
#Ayah #Meninggal #MAEPS #Pesakit Covid