Laman Utama
[VIDEO] "Ayah Pernah Kata Kereta Ini Untuk Keselesaan Anaknya" - Balu Arwah Abam
"Hanya tinggal kenangan, ternampak kereta arwah suami," luah balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah menerusi sepotong video yang dimuatnaik di media sosialnya pada Khamis.
Dalam hantaran terbabit, Hidayah berhasrat untuk membeli model kenderaan sama apabila berjaya kelak.
"Hamzah (anak) nanti doakan bisnes ibu berjaya, ibu boleh beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya," tulis Hidayah lagi.
Hidayah turut berkongsi beberapa foto gambar kenangan bersama arwah suaminya di dalam kenderaan jenis MPV itu selain foto lama kenderaan itu.
Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang mendoakan kejayaan perniagaan produk kecantikan dan sabun yang diusahakan Hidayah ketika ini.
Malah, ada yang bertanyakan status sebenar kenderaan milik arwah Abam itu.
Untuk rekod, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Must-Watch Video