Laman Utama

[VIDEO] Azhar Idrus Tak Risau Isu Keturunan Nabi Yang Ke-38, Tetapi Khuatir Isu Penganjuran Konsert Artis Antarabangsa; “Merosakkan Akidah Umat Islam Di…”

gempak
Shahrin Zulkifle
13/10/2022
22:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Azhar Idrus Tak Risau Isu Keturunan Nabi Yang Ke-38, Tetapi Khuatir Isu Penganjuran Konsert Artis Antarabangsa; “Merosakkan Akidah Umat Islam Di…”
Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kehadiran seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan Nabi Muhammad S.A.W bukanlah satu isu yang perlu dirisaukan.
Menurut Azhar, ada banyak lagi hal yang wajar diberi keutamaan seperti isu kedatangan artis antarabangsa ke Malaysia bagi mengadakan konsert.
Malah, jelasnya isu penganjuran konsert tersebut lebih penting untuk dititik beratkan kerana dilihat memberi kesan buruk kepada akidah umat Islam.
“Kalau dia keturunan Nabi, Alhamdulillah, kalau tidak mengapa? janganlah takut.
“Apa yang perlu dibimbangkan adalah kemasukan penyanyi-penyanyi yang begitu ramai sehingga merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
“Macam-macam konsert yang mededahkan aurat, terang-terang merosakkan akidah. Penangan melakukan maksiat di negara ini, kenapa pula kita benarkan?
“Kenapa tak marah penganjuran konsert? Ini yang datang nak bagi ceramah Maulidur Rasul kita pergi marah dia.
“Kenapa orang islam datang kamu sakit hati? Kalau orang yang datang merosakkan akidah kamu diam?,” ujarnya.
Azhar berkongsi pandangannya itu menerusi satu muat naik di platform YouTube rasmi miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azhar meminta semua orang untuk sentiasa bersangka baik dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikannya.
“Sebaliknya, sebagai orang islam seharusnya bersikap husnozon (bersangka baik) kepada orang lain,”
“Dia cop passport dari Maghribi dan masuk ke Malaysia dengan cara yang betul dan dia dakwa keturunan Nabi.
“Kalau betul dia keturunan Nabi macam mana? Kalau bukan keturunan Nabi pula macam mana?
“Jadi kita serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk memastikan dia benar-benar keturunan Nabi atau sebaliknya,” tambahnya.
Terdahulu, cerita mengenai individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan baginda Nabi yang ke-38 mendapat perhatian semua pihak sehingga video dan gambarnya tular di semua platform media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024