[VIDEO] Azhar Sulaiman Minta Henti Label Sophia Albarakbah Pelacur - “Perempuan Cantik Memang Selalu Kena…”
Asyikin Mayudin
03/02/2023 01:55 MYT
03/02/2023 01:55 MYT
Pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan selebriti susulan isu melibatkan pelakon Sophia Albarakbah dengan rumah tangga Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz.
Bagaimanapun berbeza dengan aktor Azhar Sulaiman yang tetap mahu berlakon dengan Sophia jika ada pelakon lelaki yang berstatus suami orang enggan bekerjasama lagi dengan aktres itu.
Malah, Azhar yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Mami’ berkata dia berani berlakon dengan Sophia kerana isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin mempercayai aktres tersebut.
“Kalau pelakon lelaki yang sudah berkahwin keberatan untuk berlakon dengan Sophia Albarakbah selepas ini… it’s ok. Mami tak keberatan langsung dan berani sebab my wife Chempaka percaya Sophia. Dan lebih kerja untuk saya,” kata Azhar.
Sementara itu, Azhar turut menjelaskan dia terpaksa membuat perkongsian itu kerana ‘rimas’ nak menjawab soalan daripada rakan-rakannya yang ingin nombor telefon Sophia.
Azhar juga meminta semua orang berhenti menggelar Sophia sebagai seorang pelacur tanpa mengetahui cerita sebenar.
“Mami terpaksa buat posting ni sebab ramai sangat kawan-kawan Mami yang kirim salam la… nak number Sophie la… letih menjawab. Since tengah hot baik Mami sailang all my male friends.
“Kita tak tahu perkara yang sebenarnya. Perempuan cantik memang selalu kena fitnah macam dalam drama tu juga… termasuklah yang hensem macam Mami juga.
“Tak baik label Sophie seperti whore / pelacur. Fitnah besar tu… chances kita takkan tahu hal sebenarnya… so better jangan berlebihan dalam commenting,” ujarnya.
Terdahulu, Bella mempertikaikan tindakan Sophia yang tidak menghadiri sidang media promosi drama lakonannya dengan Aliff Aziz pada petang Rabu.
Bella menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin mesej daripada Sophia yang memohon maaf kepadanya dan berjanji tidak akan menganggu Aliff lagi.