Selepas lebih sebulan kontroversi video seorang lelaki yang didakwa mirip penyanyi Aiman Tino viral di media sosial, pelantun lagu Permata Cinta itu kembali dihambat isu panas.

Semuanya gara-gara sebuah lagi rakaman yang memaparkan lelaki separuh bogel mirip Aiman tersebar pada hujung minggu lalu dan ia dipercayai sebagai video susulan.


Menafikan lelaki dalam video terbabit adalah dirinya, Aiman turut menjawab persoalan ramai mengenai baju yang dipakai lelaki dalam video itu sama seperti baju yang pernah digayakan olehnya.

"Baju kalau nak kira sama, saya rasa ramai kot yang sama... Saya pun seperti orang lain, beli baju di butik biasa seperti Cotton On, H&M... Jadi, ramai yang pakai baju yang lebih kurang... Orang takkan puas nak mengenakan kita," kata Aiman.

BACA: "Isu Bodoh..." - Video Separa Bogel Miripnya Tersebar Lagi, Ini Jawapan Aiman Tino

Tambah Aiman, ibu dan bapanya menjadi tempat rujukan selepas isu ini dibangkitkan.

"Saya merujuk ibu bapa saya berkenaan dengan perkara ini. Bagi saya, mereka menyokong apa sahaja yang saya lakukan..

"Jadi, apa-apa terjadi, saya akan rujuk kepada mereka dan mereka memberikan semangat kepada saya bila saya jatuh dan saya down dengan perangai orang. Sebenarnya, hanya mereka sahaja yang memahami saya," kata Aiman lagi.