Bagaikan Deja Vu, bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor terbakar lagi.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 10.50 pagi tadi.


Menerusi video yang dikongsikan oleh netizen, api dilihat sedang marak dan menjilat bahagian depan tingkat atas serta tengah bangunan.

Memetik laporan Kosmo! Online, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat lagi.

Meninjau komen netizen, rata-rata ramai yang tidak percaya memandangkan bangunan tersebut pernah terbakar suatu ketika dahulu.

Untuk rekod, bangunan enam tingkat tersebut pernah terbakar pada 2018 dipercayai berpunca daripada percikan api daripada kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online
Sumber foto: Harian Metro