Laman Utama

[VIDEO] Bapa Sifatkan Adibah Noor Anak Yang Taat!

gempak
Hanafis Haris
19/06/2022
04:51 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Bapa Sifatkan Adibah Noor Anak Yang Taat!
Seorang anak yang taat! Itu keperibadian Allahyarhamah Adibah Noor daripada pandangan ‘mata’ ayahnya, Mohd Omar Zainal Abidin, 89.
Malah, menurut Mohd Omar, Adibah Noor juga disifatkan sebagai seorang anak yang tidak kedekut dan permurah.
“Dia ok, taat, tak kedekut.
"Bagi saya dia ok je, pada orang lain terpulang pada dia,” katanya ringkas.
Mohd Omar berkata demikian usai majlis pengebumian jenazah Allahyarhamah di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur pada jam 11.31 pagi tadi.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.
Untuk rekod, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Allahyarhamah Adibah Noor.
Arwah sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).
Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 6.00 petang Sabtu di Hospital Gleanegles.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024