Kisah seorang wanita yang memberi kejutan kepada anak buahnya selepas kehilangan tempat bergantung mencetuskan emosi positif dalam kalangan netizen.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang dipanggil Mak Ngah itu berkongsi yang anak saudaranya yang bernama Amsyar baru sahaja kehilangan bapa 29 November lalu.

BERITA TRENDING: “Ingat Pelakon Korea Tadi, Comelnya” - Janna Nick Dipuji Makin Cantik, Muka Baby Face

Hilang tempat bergantung kerana arwah bapa Amsyar merupakan seorang bapa tunggal, Mak Ngah mengambil peluang untuk menceriakan hari anak buahnya dengan memberi kejutan untuk membawa Amsyar bercuti ke Korea.

Pada awalnya, Mak Ngah menghadiahkan Amsyar sehelai baju untuk kegunaan ke sekolah tetapi, Amsyar menangis dan memeluk Mak Ngah selepas diberitahu perancangan yang sebenar.
@hayati.ahmd Abg meninggal 29/11/23, kami nak ke Korea 7/12/2023. Tak sanggup nak tinggal anak sedara sorg2 dgn mak & ayah sbb bertahun2 duduk ngn kami lepas abg jadi single father. Mesti dia sunyi bila kami semua xde seminggu. #fyp #anakyatim #anakabang #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound - Hayati Ahmed

Mereka dijadualkan bertolak ke Korea pada 7 Disember depan.

Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen gagal menahan sebak atas keampuhan situasi yang dirakam dan dimuat naik di TikTok itu.