“Sedap didengar dan best!” Itulah antara pujian yang diberikan netizen selepas mendengar lagu raya terbaharu berjudul Hari Ini Dah Raya.

Menariknya, lagu raya tersebut merupakan dendangan istimewa personaliti radio Gegar iaitu Gegar seperti Aswad Jalil, Shah Muhammad, Issey, Scha Musa, Ewan Marzuki dan Tengku Rea.

Untuk pengetahuan, stesen rangkaian Astro Radio, Gegar tampil dengan lagu berkenaan sebagai tanda menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Istimewanya lagi, lagu tersebut dihasilkan oleh Emie Sukma Sari yang merupakan komposer dan penyanyi dikir barat paling meletup di Kelantan.

Rata-rata netizen yang mendengar juga menyatakan gembira kerana Gegar dapat bekerjasama dengan Emie dan menghasilkan karya yang begitu bagus.

Antara komen yang diterima:

“Tahniah Gegar, memang padu. Kemeriahan lagu raya ni buat kita tak sabar nak raya. Tahniah team Gegar,”

“Terbaik Emie buat lagu untuk team Gegar. Best sangat!”

“Belago angin molep, jjadi lagu sep demo ni. Soro pom sesak-sedak blako,”

“Terbaik sangat, tak jemu nak dengar. Mantaplah penyampai Gegar,”

Jangan lupa tontonn video lirik Hari Ini Dah Raya di bawah: