elakon Bella Astillah antara yang tidak terlepas untuk mengikuti trend TikTok terkini dengan melakukan konten menakutkan anak kecil di dalam bilik sambil dipasang audio Pontianak sedang mengilai.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi Bella di laman TikTok, dia melakukan konten tersebut bersama dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Aderanna, 2.

@bellaastillah_94

Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak??

♬ suara kuntilanak - solehudin1294

Video tersebut memperlihatkan Ayden yang sangat terkejut selepas mendengar suara Pontianak lantas berlari laju menuju ke arah pintu bilik namun ditahan dari arah luar oleh Bella.

Sementara adik kepada Ayden, Ara kelihatan lebih tenang dan seakan tidak mengerti dengan keadaan yang sedang berlaku.

“Siang-siang pun takut si abang ni, tengok adik relaks je” tulis Bella pada kapsyen.

Bagaimanapun tindakan Bella yang dilihat sekadar bergurau bersama anak-anaknya mengundag rasa kurang senang pengguna laman sosial berkenaan.

Sementara itu, wargamaya yang singgah ke ruangan balas sempat menasihati Bella untuk tidak melakukan konten sedemikian lagi kerana dikhuatiri mengundang rasa trauma kepada anak-anaknya.

Namun, ketika Gempak membuat tinjaun ke laman akaun milik Bella, ternyata dia sudah memadam komen yang ditinggalkan wargamaya dan turut menyekat ruangan balas tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan dan 100 ribu tanda suka.

Untuk info, Bella telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.