Aksi pelawak Jep Sepahtu mengelak daripada bersentuhan dengan tetamu jemputan wanita yang hadir dalam program Sepahtu Reunion Live menarik perhatian netizen.

Video yang dikongsikan di TikTok @anakpokyi memperlihatkan Jep dengan rakan selebriti antaranya Azira Shafinaz, Datin Elvina Mohamad, Nasha Aziz dan Elizabeth Tan menerima pujian.

Rakaman tersebut memaparkan beberapa sedutan episod Jep bersama pelakon wanita dalam program Sepahtu Reunion Live.

“Bila Jep menjaga hati bini,” tulis kapsyen di perkongsian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penyampai radio berumur 37 tahun itu pandai menjaga batas hubungan ketika bekerja bersama wanita bukan mahram.

@anakpokyi Suami Mithali. ?. #fyp #foryoupage #jeptapan #jepsepahtu #sepahtureunion #lawak #xyzbca ♬ Buah Hati - Armada

Menurut netizen, perbuatan itu wajar dijadikan contoh kerana Jep sentiasa menjaga nama baiknya demi isteri, Sari Yanti dan juga anak-anak.

“Benda ni la paling susah nak dijaga buat mereka sebagai artis… respect kat Jep.

“Dia menjaga batas, walau dalam lawaknya sebab bukan mudah menjaga hati semua pihak.

“Alhamdulilah suka tengok Jep ni dari dulu,” komen beberapa netizen.

Malah, ada pengikut yang yang menyifatkan tindakan pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin itu bukan disebabkan takut sebaliknya lebih menyayangi isterinya.

Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 4, Muhammad Khidir, 2, dan Abu Bakr, 1.

Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.