Pembantu peribadi (PA) usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) yang dikenali sebagai Diyla akhirnya mengumumkan yang dia kini sudah berhenti bekerja.

Diyla mengucapkan selamat tinggal kepada Vida selepas 12 tahun berkhidmat bersama.

“12 tahun kita bersama, jatuh bangun suka duka…struggle untuk perniagaan.

“Kini berakhirlah perjalanan saya bersama DSV,saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas,” katanya.

Diyla yang baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Khilaf itu berkongsi perkara berkenaan di akaun TikTok miliknya semalam.

Dalam pada itu, Dyla turut mengucapkan terima kasih kepada DSV yang selama ini memberi tunjuk ajar terutama dalam perniagaan selama mereka bersama.

“Terima kasih atas segala jasa serta segala tunjuk ajar. Tamat sudah perjuangan saya untuk bisnes DSV.

“Saya doakan DSV terus kuat untuk kedepan. it's okay hilang saya seorang,ramai lagi di belakang DSV yang baik-baik.

“Akhir kata terima kasih Dato Seri Vida Sang pari pari saya,” ucapnya.

Terdahulu Diyla menerima perhatian dan kecaman netizen apabila dilihat tidak lagi bertudung selepas melancarkan single duet bersama influencer Faiz Aizif berjudul Khilaf.
@_diylajazz Berakhirlah Perjalanan saya bersama Dsv,Saya mengundurkan diri dengan hati yang ikhlas,Terima kasih untuk segala Jasa,atas segala untuk ajar,Tamat sudah perjuangan saya untuk Bisness Dsv,Saya doakan Dsv terus kuat untuk kedepan hari,this okey,hilang saya sorang Ramai lagi di belakang Dsv yang Baik Baik,akhir kata Terima kasih Dato Seri vida Sang pari pari saya#diylajazz #khilafdiylajazz #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca ♬ Khilaf - Faiz Aizif & Diyla Jazz