Awal Disember lalu, peserta Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman membuat kejutan apabila mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan rakan seperjuangan, Tom.

Fuad mendedahkan, dia dan Tom pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar 2005. Namun, hubungan mereka terkandas di tengah jalan memandangkan Fuad perlu menjalani hukuman penjara di Singapura.

Pun begitu, Fuad memberitahu, hatinya kembali terpaut dengan bekas teman wanitanya sejak minggu kedua bersama di GV9 sebelum meluahkan isi hatinya kepada Tom sekitar bulan lalu.

Kini hangat bercinta, Fuad dan Tom dilihat begitu mesra dan sering memuat naik gambar dan video ketika bersama.

Terbaharu, pasangan tersebut sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila video yang memperlihatkan mereka menari bersama ketika sedang berada dalam sebuah kenderaan e-hailing viral di platform TikTok.

@mimie_gojes Rock n roll couple#foryou #InspiredAwesomeLife #PepsiNutmegMY #fuadrahman2k22 #rajakingtom #fypシ ♬ original sound - mimie_farisha

Menuai banyak kritikan negatif, ada dalam kalangan wargamaya bimbang melihat perilaku Fuad dan juga Tom.

“Keseronokan ni sementara sahaja tak kemana.”

“Jodoh memang tepat la tu.Nnasib isteri dah lepaskan. Jangan lupa mati tu pasti. Hidayah milik Allah sebelum terlambat kembalilah. Jangan sia-siakan baki kehidupan.”

“Alhamdulillah… bekas isterinya membuat keputusan yang betul.”

Menerusi perkahwinan pertama Fuad, penyanyi kelahiran Singapura itu dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.

Sementara itu, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.