Skip to main content

Viral

[VIDEO] "Berkompromi Untuk Orang Yang Sudah Sakiti Hati Anda" - Shalma Eliana

yana_hati_header-(1).jpg

Single berbahasa Inggeris, I Need U yang dilancarkan pada Mac lalu sekali berjaya mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Malah, semakin ramai yang mengagumi bakat dimiliki YANA bukan saja sebagai penyanyi, tapi juga pencipta lagu.

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak di awal pembabitan dalam industri muzik tanah air, YANA yang dahulunya menggunakan nama pentas Shalma Eliana terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan yang ada pada dirinya.

Biarpun penyanyi baharu muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, imej dan muzik yang dibawakan YANA meletakkan dirinya ke depan selain yakin dengan percaturan dibuat terutama dari segi lagu-lagu yang dilancarkan.

Selepas beberapa lagu dihasilkan seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, Your Loss dan I Need U, terbaharu YANA muncul dengan single berjudul HATI berkolaborasi dengan komposer dan rapper Yonnyboii.

Lagu bergenre R&B dan reggaeton hasil ciptaan Yonnyboii serta lirik oleh Yonnyboii dan Siqma itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Lagu tentang hargai seseorang meski disakiti

YANA, 22, atau nama sebenarnya Shalma Eliana Bruhanutheen berkata, mesej utama yang ingin disampaikan dalam lagu HATI ini adalah menghargai setiap saat yang dilalui bersama seseorang meski pernah disakiti.

"Lagu HATI ini menghuraikan perasaan seseorang yang berasa ragu, tidak tenteram, dan pelbagai duka yang dilalui oleh seseorang. Lagu ini juga menerangkan dan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak pernah mencuba untuk menjaga hati individu lain. Dengan harapan khalayak ramai akan memahami dan menjadi lebih peka dan sensitif menjaga hati mereka yang lain.

"Namun, menerusi lagu HATI ini, mesej utama yang ingin diketengahkan adalah berkompromi untuk seseorang yang sudah menyakiti anda, tetapi anda tahu mereka banyak memikirkan anda dalam hidup dan anda menghargai setiap saat ini. Walaupun disakiti, anda berkompromi untuk keamanan anda sendiri dan sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan," katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement