Video Berpelukan Shah Rukh Khan, Kajol Cetus Kekecohan

Syafiqah Jalal
Mac 7, 2017 11:19 MYT
Pasangan serasi Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol mencetus kekecohan apabila video mereka berpelukan ditayangkan dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Menerusi video tersebut yang ditayangkan ketika majlis Mijwan 2017 baru-baru ini, Shah Rukh Khan dilihat memeluk Kajol secara spontan dari arah belakang.
Tindakan Shah Rukh Khan telah membuatkan peminat teruja untuk melihat pasangan tersebut kembali beraksi di layar perak.
Walaupun umum mengetahui kedua-dua pelakon tersebut telah berkahwin, keserasian yang ditonjolkan pasangan tersebut menerusi filem ‘Kuch Kuch Ho Ta Hai’ dan ‘Dilwale’ masih memberikan kesan kepada peminat sehingga ke hari ini.
Antara komen-komen yang ditinggalkan peminat di akaun Instagram peminat pasangan Shah Rukh Khan dan Kajol ialah mereka mahu adalah mereka kedua-dua pelakon tersebut di kaca televisyen selain mengharapkan mereka benar-benar bercinta.
Berikut merupakan video yang dikongsi di laman Instagram peminat mereka:
Teks oleh : Izzat Ridzwan
#Shah Rukh Khan #Bollywood #Kajol #Shah Rukh Khan