Perkongsian video yang dikongsikan di TikTok memperlihatkan pelakon Rozita Che Wan yang dipeluk suaminya iaitu aktor Zain Saidin menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta meminta hadiah daripada suaminya sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini.

“Sayang, mother’s day tak ada pun beri hadiah dekat I…” kata Che Ta.

Alang-alang Zain ingin melayan permintaannya, Che Ta berkata dia mahukan gelang emas sebagai hadiah.

“Sayang, I suka barang kemas, gelang I macam tak cukup banyak,” katanya lagi.

Kemesraan pasangan suami isteri itu membuatkan rata-rata netizen berasa cemburu selain mendoakan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

“Manja sungguh Che Ta Dengan Zain… cemburu tengok.

“So sweet… semoga rumah tangga kekal hingga jannah.

“Sweet… jarang-jarang berlaku ini. Adakah petanda untuk dapat baby seorang lagi?” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia sembilan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25.

@rozitachewan1 Kami tk leh move on lagi dgn hadiah mothersday hari tu ? #cheta #zain #rozitachewan #zsrcw #angsaemasjewellery ♬ original sound - ROZITA CHE WAN