Kemesraan pasangan suami isteri iaitu penceramah sensasi Da’i Syed dan pengacara Hana Ismail yang dikongsikan di laman sosial selepas berkahwin sentiasa menarik perhatian netizen.

Baru-baru ini, Da’i Syed ada berkongsi video di TikTok memperlihatkan dia dan isterinya berada di pantai mengundang rasa cemburu dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen ‘bersemut’ melihat aksi mesra Da’i Syed yang dalam keadaan basah disebabkan mandi pantai mengacau isterinya.

“Buat yang masih single… kite tarik selimut saja la. Jangan tengok video ni… tak hormat orang single.

“Syok bila tengok video diaorang sweet sweet sampai senyum-senyum sendiri.

“Sekarang juga aku ajak laki aku mandi pantai. Suruh dia tarik aku masuk pantai,” komen beberapa netizen.

Untuk info, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 3 Disember di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur selepas mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@daisyed_

Sapa suruh bagi ana mandi sorang-sorang

♬ suara asli - Deny