Aksi penyanyi Shila Amzah mengeluarkan gula-gula dari mulut kemudian membuang di atas pentas sewaktu membuat persembahan pada sebuah konsert rancangan televisyen baru-baru ini secara tak langsung dirakaman kamera yang sedang bersiaran langsung.

Malah ia turut disedari dan mendapat perhatian pengguna laman sosial, apabila seorang pengguna di aplikasi TikTok memuat naiknya semula.

"Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa 'perform' dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu," tulis pengguna Yazid Yacob.

Ia telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengulas video berkenaan.

Salah seorang daripadanya menulis Shila sudah memaklumkan dia terlupa hendak membuangnya dan memberitahu penyanyi itu tidak sihat.

“People makes mistake insyaallah korang semua doakan yang baik-baik….dia dah bagitahu kat IG dia terlupa nak buang btw dia time tu rasa tak sihat dan demam,”komen salah seorang pengguna TikTok.

Perkara itu bukan kali pertama Shila dilihat melakukan aksi itu kerana kali pertama ia dapat dirakam ketika peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

"Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain Kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak," kata salah seorang netizen

"Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai," komen salah seorang warga maya.

@yazidyacob08 Bila ko lupa nak buang gula2 masa perform ? ?? kali ini terbang ye gula2 tu ??? Bertabahlah abg yg kutip tu ? #shilaamzah #shilalas #khilafasmara #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound - Yazid Yacob