Kemunculan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya mengenai wataknya.

Sharnaaz menerusi video di Instagram Astro Shaw, Sharnaaz mendedahkan dia merahsiakan wataknya sebagai Reza yang diciptanya sendiri selama bertahun.

“Saya memainkan watak sebagai Reza dalam Polis Evo 3. Reza ini saya simpan karekter dan saya rahsiakan watak Reza ini selama bertahun. Sampai sekarang awak tak pernah nampak saya post fasal Reza.

“Tak ada siapa tahu siapa Reza ini… masa saya shooting pun tak ada siapa tahu siapa Reza ini. Jadi, korang kena tengok dan nilai sendiri. Reza ini watak yang saya cipta yang saya tak ingat.

“Jadi bila orang tanya Reza ini macam mana, saya tak tahu nak cerita macam mana, jujur sebab saya tak war-warkan, tak ambil gambar, tak ingat apa yang saya create waktu itu.

“Kalau cerita ni, Reza ni diminati, dia kata sama taraf atau lebih hebat daripada villane satu dan dua, baru cerita seksa dia macam mana,” katanya.

Menurut Sharnaaz lagi, dia juga sanggup menurunkan berat badannya dari 82 hingga 71 kilogram demi menjayakan watak tersebut.

“Untuk bawa watak Reza ni, saya turunkan berat badan saya ini daripada 82 ke 72 kilogram dan saya berjaya sampai 71, dengan six pax pada babak bom.

“Masa itu saya 71 kilogram, tak ada air dalam badan dan puasa air. Benda itu jadi normal bagi Sam… bukan bagi saya. Saya tak oernah buat,” ujarnya.

Untuk maklumat, tiket untuk menonton filem aksi komedi terhebat iaitu Polis Evo 3 sudah boleh dibeli bermula 11 Mei di pawagam seluruh negara.

Menariknya lagi, penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.

Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket di pawagam, boleh layari https://www.tgv.com.my/movies/polis-evo-3 dan https://mbocinemas.com/Browsing/Movies/Details/f-F000000283

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)