[VIDEO] Beto Kusyairy & Johan Asari Berpeluang Rasa Nikmat Hujan Di Makkah, Liza Hanim Sebak; “Saya Menitik Air Mata…”
31/12/2022 05:00 MYT
Lafaz mengucap Alhamdulillah tidak henti keluar daripada mulut pelakon Beto Kusyairy dan Johan Asari apabila berpeluang merasakan hujan lebat di Makkah baru-baru ini.
Beto dan Johan yang berada di Tanah Haram bagi mengerjakan ibadah Umrah sejak seminggu lalu meluahkan rasa syukur selain berkata nikmat tersebut merupakan perkara yang menang diingini.
“Di malam Jumaat seusai Sa’i (rukun Haji) ketika nak bertahallul (memotong tiga helai rambut), Dia (Allah) turunkan lagi rahmat buat kami yang memang berkeinginan nak merasai hujan di Haram,” tulis Beto pada kapsyen.
Bepergian Beto ke Tanah Suci Makkah turut ditemani isteri tercinta, Tisha Shahar.
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas ramai rakan selebriti dan wargamaya turut menumpang gembira serta melahirkan rasa syukur melihat kebesaran Allah itu.
“Alhamdulillah, ala saya pula menitik air mata ini,” komen penyanyi Liza Hanim.
“Bertuahnya kalian dapat merasai nikmat yang diturunkan Allah,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semoga urusan di permudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur,” kongsi seorang netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.