Laman Utama

[VIDEO] Beza Usia 23 Tahun, Abang Sado Nikahi Ibu Tunggal Anak 5

gempak
Shahrin Zulkifle
11/11/2022
12:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Beza Usia 23 Tahun, Abang Sado Nikahi Ibu Tunggal Anak 5
Tular sebuah video di laman TikTok mengenai seorang ‘abang sado’ berusia 24 tahun yang berkongsi cerita bagaimana dirinya melamar seorang wanita berumur 47 tahun sebagai isteri.
Menggunakan nama @geemie8599 di laman sosial tersebut, lelaki berkenaan mengatakan dia mengenalan isterinya melalui laman sosial Facebook sejak empat tahun lalu.
Malah, dia turut mendedahkan isterinya sebelum ini adalah seorang ibu tunggal yang memiliki lima orang cahaya mata.
“Kenal di Facebook bulan Mei, bulan Ogos terus kahwin, pakej anak lima orang. Alhamdulillah dan empat tahun berumah tangga.
“Bahagia itu bukan kerana punya segalanya, tapi kerana bisa mencintai apa adanya,” kongsinya.
@geemie8599 #fypage #fypppppoppppppppppppppppシ #papamuda #jodohku #alhamdulillah❤️ ♬ bunyi asal - GEEMIEGAS
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Geemie berkata kebahagian yang dirasai oleh isteri dan anak adalah juga kebahagian buat dirinya.
“Family time, kebahagian anak isteri adalah kebahagian saya juga,” ujarnya.
@geemie8599 #papamuda #alhamdulillah❤️ #tanggungjawab #perancanganallahlebihbaik ♬ Sayunk I Love You - Chombi
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berasa terkejut di atas pendedahan yang dikongsikan ‘abang sado’ tersebut. Malah tidak kurang juga yang mendoakan jodoh pasangan berkenaan dipanjangkan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live