Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Bima Samudra Puji Rakyat Malaysia Tak Amalkan Budaya Tekan Hon Kenderaan; “Beza Dengan Jakarta, Baru Lampu Hijau Dah Tekan”

Shahrin Zulkifle
08/01/2023 04:00 MYT

Pelakon kacak berasal dari Indonesia, Bima Samudra memuji sikap rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan ‘budaya’ menekan hon ketika memandu kenderaan di atas jalan raya.

Ini kerana, kata bima ‘budaya’ membunyikan hon bagaikan perkara biasa yang sering dilakukan oleh rakyat di negara asalnya.

Bima yang berada di Malaysia sejak minggu lalu turut merasa terkejut melihat suasana jalan raya di negara ini yang tidak ‘bising’ dengan bunyi hon kenderaan.

“Selama saya berada di Malaysia baru saya perasan satu perkara. Saya suka cara orang Malaysia bawa kenderaan sama ada motor atau kereta. Sebab saya langsung tak nampak dan dengar mereka menekan hon.

“Sangat jarang saya mendengar mereka membunyikan hon. Bila saya tekan, Amir (kawan Bima) marah saya tekan hon.

“Dia kata tak boleh la macam tu, sebab katanya itu bukan habit orang Malaysia untuk tekan hon meskipun ketika jalan jam.

“Orang Malaysia katanya kalau tekan hon waktu mereka sedang bad mood atau mungkin ada masalah peribadi lain.

“Berbeza sangat dengan keadaan di Jakarta, baru lampu hijau sekejap dah tekan hon kuat-kuat. Malaysia keren!,” kongsinya menerusi satu hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

@bimasamudraa Aneh di malaysia tapi biasa di indonesia ! #fyp #malaysia #indonesia ♬ original sound - Bima Samudra
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Indonesia #Malaysia #Bima Samudra #Budaya Bawa Kereta
;