Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] ‘Bodygoals’ Sangat! Imej Song Jihyo Pakai T-Shirt Putih Ketat Tarik Perhatian Peminat

Asyikin Mayudin
16/11/2022 20:55 MYT
Tular di laman Twitter video penampilan pelakon Song Ji-hyo yang kelihatan seksi menerusi adegan pendek dalam episod terbaharu program ‘Running Man’.

Menerusi video itu, kesemua ahli Running Man sedang melakukan misi di mana mereka perlu menukar baju kasual kepada baju seragam yang merupakan t-shirt berwarna biru muda.

Bagaimanapun baju t-shirt putih ketat yang dipakai Song Ji-hyo selepas membuka knitted sweater menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menganggap ia terlalu seksi.

Selain itu, bukan sahaja memiliki kecantikan semula jadi, Song Ji-hyo juga dipuji kerana mempunyai bentuk badan yang dianggap ‘bodygoals’ bagi para wanita di luar sana.

Video yang dikongsikan oleh akaun peminatnya itu sudah mendapat hampir 7,000 tontonan dan lebih 60 retweet.

Pada 11 November lalum Song Ji-hyo datang ke Malaysia bagi mempromosikan sebuah produk kosmetik jenama antarabangsa selain beramah mesra bersama peminatnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Running Man #Song Jihyo #Song Jihyo seksi