Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan mengikut trend terkini iaitu geng Marhaban yang popular di TikTok.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh kelab peminat @sitizonemy di Instagram merakamkan Siti sedang melakukan parodi tersebut.

Dengan bertajuk POV: Bila Artis Tetiba Join Geng Marhaban, video itu merakamkan gelagat Siti yang muncul dengan membawa bag tangan persis geng Marhaban dan kemudiannya bersalaman sama seperti gaya geng Marhaban membuatkan netizen netizen terhibur.

Malah Siti juga berjaya melakonkan gaya geng Marhaban juga sangatlah mencuti hati.

Tidak ketinggalan juga, Siti sama-sama menyanyikan lagu Marhaban yang tular itu.

A post shared by BY FANS ?? (@sitizonemy)

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif yang rata-ratanya mengusik Siti.

Antara komen yang diterima adalah:

“Datuk Siti tolong jangan join Marhaban nanti semua orang tak boleh fokus hahaha,”

“Tu dia, bila bonda ratu dah buat terpelanting semua guys,”

“Hahahaha Datuk Siti paling win guys! Terhibur aku, tengok pun senyum je,”

“Hahahah Datuk Siti ni makin kelako kenapa, dah lah comey,”


Terdahulu, video tular merakamkan gelagat geng Marhaban mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi termasuklah artis dan juga pempengaruh.