Laman Utama
[VIDEO] “Bot 2 Jam, Kereta 40 Minit, Kena Jalan Kaki”- Dugaan Bercuti, Baju Kepuk-Kepuk Tetap Maintain, Che Ta Menang!
Sebagai seorang ibu, pelakon Rozita Che Wan juga tidak ketinggalan membawa anak-anaknya bercuti.
Bagaimanapun dalam keseronokan untuk berlibur, sudah pasti akan berlakunya beberapa dugaan sebelum sampai ke destinasi.
Namun perkara itu tidak menjadi halangan buat Rozita atau lebih mesra di sapa Che Ta.
Kata Che Ta, perjalanan menuju ke lokasi pelancongan popular iaitu Nusa Penida yang terletak di Bali Indonesia tidaklah semudah disangka.
“Ramai yang cakap datang Bali ni kena pergi Nusa Penida, pergh! Macam nak putus nyawa wei. Jauh betul.
“Naik bot dua jam, naik kereta 40 minit, kata pemandu tulah. Tapi rasa macam empat jam dalam kereta.
“Dengan jalan berombak masa kami dalam kereta. Dah sampai kena berjalan kaki pula lagi. Rasa lidah dah sampai ke lantai dah ni. Tapi bila dah ambil gamba rasa berbaloi lah,” kongsinya.
Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian netizen pada video pendek dikongsi Che Ta itu adalah busana yang dipakainya tetap kekal cantik dan tidak kusut.
Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan penampilan Che Ta yang seolah-olah tiada cacat cela selain geli hati dengan kapsyen aktres cantik itu.
Antara komen yang diterima:
“Che Ta turun bot tak basah ke skirt, kami basah hahaha,”
“Jauh tu satu hal, Che Ta dengan skirt lagi hahaha”
“Nasib baik Che Ta tak muntah, kalau tak habis baju lawa-lawa,”
Terdahulu, Che Ta baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwin bersama suami tercinta, Zain Saidin baru-baru ini.
Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 8 tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki Hasil perkahwinan terdahulu, Ammar Affendy, 26, Aniq Ezzra, 24.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Must-Watch Video